Tarian sangkar ghairah di KL

Kelab malam yang menghidangkan tarian berahi

Dua kelab malam berlainan lokasi di ibu kota dikesan menawarkan tarian sangkar dengan aksi separuh bogel membabitkan sekumpulan penari seksi, termasuk gadis tempatan, sebagai pelaris terbaru kepada pengunjungnya.

Taktik itu bagi memastikan kelab malam terbabit sentiasa dipenuhi pengunjung, terutama pada hari bekerja, selain mengatasi saingan premis lain.

Bertindak hasil aduan pembaca, wartawan Metro Ahad mendapati suasana di kelab malam terbabit tidak ubah seperti suasana di Patpong, Thailand dengan aksi penari berpakaian dalam menari secara terbuka ketika tinjauan, awal pagi kelmarin.

Dalam tinjauan jam 12.30 tengah malam, aksi tarian ghairah itu boleh dilihat dengan jelas walaupun dari luar kelab malam melalui pintu kelab yang terbuka.

Sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Danny, 36, berkata, kegiatan tidak bermoral di kelab malam terbabit dikesan sejak tahun lalu, namun ia hanya diadakan pada hari tertentu. - Harian Metro



No comments:

Post a Comment