Sabah diceroboh: Serangan udara dihentikan, operasi darat pula bermula


LAHAD DATU: Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di Kampung Tanduo, dekat sini.

Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, jam 11 pagi ini.


Operasi di Lahad Datu bermula dengan serangan udara - Najib

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 10 pagi ini, pasukan keselamatan negara melancarkan operasi besar-besaran bagi menumpaskan pencerobohan tentera Sulu di Kampung Tandou, Lahad Datu, Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, operasi dimulakan dengan serangan udara menerusi pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dan diikuti ledakan mortar.

"Dan ketika saya sedang berucap ini, anggota polis berada di dalam kereta perisai sedang melakukan tindakan untuk memberkas penceroboh yang melanggar kedaulatan negara.


"Niat kita untuk tidak membenarkan setitik darah pun tertumpah di bumi Sabah. Tidak kira daripada pihak penceroboh atau pun anggota keselamatan kita," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Najib berkata, dukacitanya, niat yang baik dan murni ini dibalas dengan tindakan yang sangat kejam.

"Masa untuk kita beri apa-apa pertimbangan susah berakhir dan kita sedang bertindak memerangi penceroboh dengan kekuatan yang ada," katanya.

"Soal kedaulatan dan keselamatan negara, kita tidak akan biar keamanan yang kita kecapi diganggu gugat dan dinodai oleh mana-mana pihak."


Ambulans diiringi kenderaan JPJ menuju ke FELDA Sabahat

LAHAD DATU: Lima ambulans bergerak ke FELDA Sahabat dari Hospital Lahad Datu sambil diiringi kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 8.57 pagi tadi.

Keadaan di Hospital Lahad Datu ketika ini masih lengang dan kelihatan beberapa anggota keselamatan berkawal di sekitar hospital berkenaan.


2 comments:

  1. Di pejabat kakak sekarang tak berhenti cakap benda ini redz. Doa kita sama moga berakhir dgn segera dan tidak ada pertumpahan darah..

    ReplyDelete