Sabah diceroboh: Pasukan Keselamatan temui kubur tempatkan mayat penceroboh

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menunjukkan gambar-gambar mayat penceroboh Sulu yang terbunuh dan kubur yang menempatkan mayat-mayat itu yang ditemui dalam operasi oleh pasukan keselamatan Malaysia, pada sidang media di Lahad Datu, Rabu. Foto NORMIMIE DIUN / THE STAR
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia membongkar sebuah kubur besar yang menempatkan sembilan mayat penceroboh di Kampung Tanduo di sini.

Gambar-gambar mayat dan operasi berterusan yang dikendalikan di tempat kejadian dipaparkan oleh Menteri Pertahanan pada Rabu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan bersenjata negara berjaya merampas senjata-senjata semasa operasi tersebut.

“Ini membuktikan, mayat yang kami peroleh dikumpulkan dan kami dalam proses untuk mengumpulkan lebih banyak mayat,” katanya pada sidang media secara langsung di TV3 di Felda Sahabat di sini.

Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa 13 mayat dijumpai semasa operasi itu.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada anggota keselamatan Malaysia yang cedera dalam operasi berkenaan.

“Kami menjalankan bedah siasat sepenuhnya terhadap mayat bagi mengenal pasti bagaimana mereka mati,” katanya.

Kedua-dua menteri itu turut menunjukkan gambar-gambar senjata yang dirampas di tempat kejadian dan mayat seorang lelaki bersenjata yang ditembak dan mati pada pukul 6.45 pagi. - mstar.com.my



1 comment:

  1. http://eekshop.com
    For More enough detailed information online regards Real Estate , and?If all your family members have an all in one beauty business,your family can continue to use the services regarding IPL head refurbishing companies as well as repairing the supplements all your family members continue to use IPLs are gaining in your popularity it importance as some form of regarding some of the best ways having to do with dog's fur removal it skin rejuvenation treatments. It is usually that since they will be increasingly that can be used in beauty treatment clinics worldwide

    ReplyDelete