Gambar Lamborghini Veneno berharga RM15 juta

Geneva: Sebuah kereta baru ekslusif yang boleh memecut selaju 352 kilometer sejam akan berada di jalan raya dengan harga jualan RM15 juta.

Namun, tiga saja kereta Lamborghini Veneno itu akan dikeluar dan dijual. Kereta itu yang disifatkan sebagai ‘kereta lumba yang dibenarkan di jalan raya’ sudah mempunyai pembeli. Kereta itu dibina khusus meraikan ulang tahun kelima syarikat kereta Itali itu dan setiap satu mempunyai warna berbeza, berdasarkan warna bendera Itali iaitu hijau, putih dan merah.


Kereta dua tempat duduk itu dijana enjin petrol 12 silinder 6.5 liter yang boleh menghasilkan 750 kuasa kuda serta mempunyai gear manual tujuh kelajuan. - DM







 Daily Mail



1 comment: