Sabah diceroboh: Gencatan senjata tidak diterima, militan akan dihapuskan

 

SHAH ALAM - "Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata Jamalul Kiram (III)."

Demikian tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentara tadi mengulas tawaran Jamalul, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, meminta agar diadakan gencatan senjata susulan situasi semasa di Lahad Datu termasuk serangan pasukan keselamatan Malaysia ke atas kumpulan yang menceroboh wilayah Sabah sejak hampir sebulan lalu.

Selain itu, Jamalul juga meminta agar pasukan yang setia kepada beliau meletakkan senjata.

Beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

Menjawab perkembangan itu, menerusi mesej Twitter, Zahid berkata: "Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingn rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan."

Dalam mesej susulan, Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment