Idi Amin Dada bekas presiden Uganda yang mati dalam buangan di Jeddah pada 16 Ogos 2003 dilabelkan sebagai gila, badut, sadis, diktator, kejam.
Dilahirkan pada tahun 1952, memerintah selama lapan tahun bermula 1971-1979 selepas menggulingkan Presiden Milton Obote yang ketika itu berada di Singapura.
Disenaraikan beberapa perlakuan pelik manusia yang bernama Idi Amin Dada ini
1. Menyertai pasukan King African Riffles - satu unit khas untuk bangsa kulit hitam dalam pasukan tentera British pada 1946 sebagi tukang masak. Dia dinaikkan pangkat sarjan bukan kerana kebolehannya tetapi sikapnya yg pandai mengambil hati pegawai British dengan merelakan dirinya menjadi badut dalam beberapa acara kem.
2. Ketika memakai seragam tentera, Idi Amin pernah menyeksa anak bangsanya yg menentang penjajah British dengan mengerat kemaluan mereka hidup-hidup. Dia kemudiannya ketawa melihat mangsanya terkinja-kinja menahan sakit.
3. Pernah belari bogel di jalan raya selepas polis tentera cuba memberkasnya kerana buat hal dengan isteri sahabat baiknya.
4. Sepanjang menjadi presiden lebih 500,000 rakyatnya dibunuh tanpa sebab. Teragak hendak bunuh dia akan lakukan sahaja.
5. Dia mengahwini 5 wanita sekali gus. Daripada perkahwinan itu serta skandalnya yg lain termasuk dengan seorang wanita kulit putih dia dikurniakan 34 orang anak.
6. Selepas setahun menjadi presiden, dia mengusir 50,000 bangsa India dari Uganda selepas cintanya dengan seorang gadis India ditolak. Akibatnya ekonomi Uganda tunggang langgang kerana selama ini orang Indialah yg memacu ekonomi Uganda.
7. Gemar memakai terlalu banyak pingat pada bajunya sehingga dia kelihatan susah untuk bergerak. Pernah sekali bajunya koyak kerana terlalu berat dengan pingat yg entah dari mana dikutipnya.
8. Idi Amin sebenarnya buta huruf dan langsung tidak tahu berbahasa Inggeris. Kerana itulah dia mengambil masa yng panjang untuk menandatangani sesuatu dokumen.
9. Pernah menulis surat kpd Presiden Tanzania, Julius Nyerere bertinju.
"Jika awak setuju saya akan mengikat sebelah tangan saya ke belakang" antara ayat yg ditulisnya. Bagaimanapun Nyerere tidak melayan hasrat Idi Amin itu.
Kejatuhan kerajaannya kerana para balaci dan kroninya yg suka mengampu. kebanyakannya seperti dirinya, buta huruf. akhirnya Idi Amin diusir dan menjadi pelarian dan meninggal dunia dalam buangan.

Assalamualaikum semua
ReplyDeleteSelamat Hari Wanita Sedunia :)
Bodoh macam itu pun boleh jadi presiden - manalah negara tak hancur.
ReplyDeleteIlmu tu penting kan...? tak ada ilmu macam ni la jadinya... :)
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam redza..selamat pagi..bodohnya dia ni..patutla negara tuggang langgang…hmmm