Sabah diceroboh: ATM akan melakukan serangan besar-besaran

21 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem 8 Briged Pengkalan Chepa dihantar ke Sabah

Kelengkapan tentera dipunggah ke dalam pesawat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, semalam untuk misi ketenteraan di Lahad Datu. - UTUSAN/ROSNI MASRI
 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh. - UM


Sekumpulan tentera daripada 21 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem 8 Briged Pengkalan Chepa berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa semalam- Foto Bernama

Nurul Ain Atirah Zainl, 4, (tengah) bersalaman dengan bapanya, Kpl Zainol Said, 37, (kiri) sambil diperhati oleh ibunya, Zamzilawati Khamis, 35, dan kakaknya, Nurul Ain Najwa, 7, (kanan) ketika menghantar bapa mereka yang ditugaskan ke Sabah bagi menangani krisis pencerobohan. - Foto Bernama

Mereka antara kumpulan tambahan yang dihantar bagi menangani krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah ketika ini. - Foto Bernama

Isteri kepada seorang anggota tentera tidak dapat menahan sebak ketika menghantar suaminya yang ditugaskan ke Sabah untuk menangani krisis di Sabah ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini - Foto Bernama





7 comments:

  1. bukankah kalau tentera masuk campur, bermakna kita iktiraf kesultanan sulu tu..? konpius,la..

    ReplyDelete
  2. bukankah kalau tentera masuk campur, bermakna kita iktiraf kesultanan sulu tu..? konpius,la..

    ReplyDelete
  3. may Allah protect our people there

    ReplyDelete
  4. aaa sedihnye...tak boleh tgk ni T.T tearssss

    ReplyDelete
  5. Kenapa kakak rasa sedih melihat situasi begini terjadi. Islam dan Islam tak boleh berunding.

    Doa kita utk semua.

    Amalkan membaca qunut nazilah moga kembali aman.

    ReplyDelete
  6. 4Feet8: Tak. Sebab tempat ni dah diistiharkan sebagai darurat setempat. Kalau kena bencana besar-besaran darurat setempat juga diisthiharkan dan askar akan dihantar untuk menhulurkan bantuan.

    Sebab tu Malaysia hantar polis dulu, declare as darurat setempat kmudian ganti dgn askar.

    ReplyDelete