Anak tikam, cincang ibu


NEW YORK - Seorang lelaki didakwa bertindak kejam menikam ibunya hingga mati di New York, Amerika Syarikat.

Jurucakap polis tempatan berkata, Bashid McLean, 23, dipercayai anak kepada wanita berkenaan turut memotong bahagian anggota mangsa menjadi bahagian kecil.

“Mayat Tanya Byrd, ditemui berhampiran Stadium Yankee di Bronx selepas sekumpulan anjing mengerumuni cebisan anggota mangsa," katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa bahagian tubuh, kepala, kaki, tangan dan kaki dijumpai.

Beliau berkata, seorang individu diburu dipercayai mempunyai kaitan dalam pembunuhan kejam itu.

“Motif  pembunuhan belum diketahui tetapi lelaki berkenaan dilaporkan mempunyai masalah mental dan pernah bertindak agresif,” katanya.

Media tempatan melaporkan, kakak Byrd sebagai berkata, adiknya berang selepas dipaksa tinggal di pusat penjagaan mental manakala ibunya pula mempunyai masalah ketagihan dadah. - AFP


No comments:

Post a Comment