Pengkebumian seorang lelaki dihadiri Superman dan Batman

Pengkebumian Gary Pattison

LEEK - Seorang pelumba motosikal asal Britain, Gary Pattison, mempunyai mesej terakhir yang unik. Dia meminta rakan-rakannya hadir mengenakan pakaian yang unik saat dia dikebumikan.

Seperti diberitakan Metro, Selasa (1/10/2013), lelaki berusia 42 tahun ini meninggal dalam perlanggaran di Leek, United Kingdom, pada 26 Ogos lepas. Pattison meninggalkan seorang anak  bernama Becca yang masih berusia 13 tahun.

Teman-teman Pattison memenuhi permintaan terakhir si pelumba. Mereka datang ke pengkebumiannya dengan kostum unik seperti Batman dan Superman yang biasanya dikenakan dalam perayaan Halloween.

Selain berpesan untuk mengenakan kostum, Pattison juga meminta orang-orang yang datang ke pemakamannya membuat pidato menggunakan kata aneh seperti "discombobulated" yang bermaksud "kebingungan".

Dia juga ingin wang sisa tabungannya diletakkan di bar yang tidak memainkan lagu-lagu The Beatles atau Paul Weller.

okezone

2 comments: