Platybelodon, gajah purba yang mirip monster


Sebuah laporan dari dari Daily Mail memberitahu satu spesis gajah purba yang rupanya sangat aneh. Gajah purba ini dikenali sebagai Platybelodon. Ia tidak mempunyai belalai melainkan mempunyai mulut yang panjang dan lebar.

Dianggarkan pada awal mula kehidupan gajah ini kira-kira 20 juta tahun lalu, ia hidup di dekat perairan, sehingga bentuk mulutnya digunakan untuk menggali makanan di paya.

Platybelodon sendiri mempunyai sepasang gading besar yang tumbuh di tepi bibirnya yang digunakan untuk mengoyak tumbuh-tumbuhan yang sukar.

Gajah purba ini tidak seperti haiwan haiwan purba lainya yang mempunyai saiz yang besar, gajah ini lebih kecil dari gajah moden yang ada. Haiwan ini hidup antara 8 hingga 20 juta tahun yang lalu di daratan Afrika, Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Pada masa itu mereka mampu berkembang biak sebelum akhirnya pupus.

1 comment: