Warga pulau Nosy Be, Madagascar menonton dan merakam saat ketiga orang Eropah yang dituduh menculik seorang anak kecil dibakar hidup-hidup. | BILAL TARABEY / AFP
ANTANANARIVO - Tiga lelaki asal Eropah maut setelah disiksa dan dibakar hidup- hidup akibat dituduh menculik dan membunuh seorang anak kecil. Peristiwa mengerikan ini terjadi di Pulau Nosy Be , sebuah pulau pelancongan yang terletak di sebelah utara pesisir pulau Madagascar , di Lautan Hindi.
Beberapa laporan menyebutkan, warga setempat menyeksa dan membunuh seorang warga Perancis bernama Sebastian dan seorang warga Itali bernama Roberto , setelah dituduh menculik dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun .
" Penduduk melakukan perburuan dan kemudian membunuh orang -orang Eropah itu," kata komander polis tempatan Guy Bobin Randriamaro .
" Kedua orang yang maut itu tidak hanya dituduh membunuh kanak-kanak itu , tetapi juga memperdagangkan organ tubuhnya, " lanjut Bobin .
Sebelumnya, penduduk menyerbu pejabat polis di Hell- Ville , ibu kota Nosy Be . Penduduk menduga polis menahan kedua orang Eropah tersebut . Polis kemudian melepaskan tembakan amaran ke udara , tetapi hal itu tak membuat orang ramai mengurungkan niatnya.
Guy Bobin mengatakan, kedua orang itu akhirnya dijumpai di Pantai Ambatoloaka di Nosy Be . Di sanalah kedua-dua lelaki Eropah itu diserang . Mereka kemudian disiksa dan khabarnya kedua orang itu mengaku mereka telah membunuh kanak-kanak lapan tahun itu dan menjual organ tubuhnya.
Orang ramai kemudian membakar keduanya hidup -hidup hingga mereka mati akibat cedera terbakar yang sangat parah. Sementara orang ketiga yang tengah disiasat polis berkaitan kes ini juga disiksa dan dibakar hingga mati dalam sebuah serangan berasingan.
Sejumlah saksi melihat lelaki Eropah itu diseret dari dalam kereta, kemudian dilemparkan ke dalam ungun api yang sudah dinyalakan di Pantai Ambatoloaka . Polis mengatakan jasad kanak-kanak malang yang hilang itu akhirnya ditemui pada Jumaat ( 4/10/2013 ) .
Akibat insiden ini , konsulat Perancis di Madagascar memberi amaran kepada warganya untuk tidak bercuti ke Pulau Nosy Be hingga suasana kembali tenang. Kejadian ini dikhuatiri akan merosakkan industri pelancongan Madagascar yang menjadi tulang belakang ekonomi negera pulau itu.
kompas

No comments:
Post a Comment