Isteri cium kuda kena cerai kerana suami cemburu

Gambar hiasan. Foto: Google

Riyadh: Seorang lelaki Arab menceraikan isterinya kerana cemburu wanita itu mencium kuda menerusi gambar dalam laman sosial.

Lelaki itu menceraikan isterinya selepas melihat gambar wanita itu mencium haiwan itu di ladang kuda di Riyadh.

Wanita itu yang enggan dikenali memberitahu tidak menyesal dengan insiden terbabit.

Menurutnya, lelaki itu terus menceraikannya selepas melihat gambar yang dihantarnya ke laman sosial.


“Saya tidak sedih dengan perceraian ini kerana lelaki itu tidak dapat membezakan antara haiwan dan manusia,” katanya kepada akhbar Sada.


Wanita terbabit bangga berkongsi gambar itu menerusi laman sosial kerana menyayangi haiwan negara itu. - Agensi

MyMetro


5 comments:

  1. Mungkin dia tak pernah cium suami dia kot itu yg jadi cemburu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    nampak sgtlah kuat cemburu..alahaiii

    ReplyDelete