Seorang perempuan bawa kuda masuk McDonald's

 Foto: news.nationalpost.com

LONDON - Seorang perempuan didenda kerana membawa kudanya ke restoran makanan segera McDonald di Manchester.

Polis mengatakan, perempuan yang tidak disebutkan namanya itu naik kuda semasa masuk ke perkhidmatan drive thru di Bury New Road.

McDonald berkata, mereka tidak dapat melayani pelanggan yang naik kuda.

Perempuan itu pada mulanya ditolak di barisan drive thru, tetapi kemudian membawa masuk binatang itu ke dalam restoran, kata jurucakap polis Manchester.

Kuda itu bahkan sempat buang najis di dalam restoran makanan segera itu.

"Pada tarikh 20 Julai, seorang perempuan membawa masuk kuda ke dalam restoran kami di Whistefield setelah pada mulanya ditolak masuk barisan drive-thru," kata seorang jurucakap restoran tersebut.

"Insiden ini menyebabkan pelanggan lain terganggu dan kecoh di dalam restoran. Polis telah menjatuhkan denda kepada perempuan itu," tambah jurucakap itu lagi.

Dia menambahkan, "Kesihatan dan keselamatan pelanggan serta kakitangan merupakan keutamaan kami dan kerana alasan ini kami tidak dapat melayani pejalan kaki, orang yang naik basikal, atau pelanggan yang naik kuda melalui drive-thru."

Polis Manchester Raya mengatakan, "Masuknya kuda serta bau (binatang itu) menyebabkan gangguan kepada pelanggan yang ingin makan serta para kakitangan."

"Pihak berkuasa datang ke lokasi dan perempuan itu dijatuhi denda kerana menyebabkan gangguan kepada kakitangan dan pengguna lain," tambahnya

kompas.com

2 comments: