Petugas tak sengaja tayangkan filem p0rno di billboard jalan raya


Apa yang anda rasakan jika tiba-tiba menonton tayangan porno di layar lebar tepi jalan raya? Hal itu sempat terjadi di sebuah jalan raya berhampiran stesen kereta api Jilin, China.

Kejadian memalukan ini disebabkan oleh kelalaian petugas yang menangani skrin LED sebuah videotron. Skrin saiz besar itu biasanya digunakan untuk memaparkan iklan. Namun tiba-tiba saja di skrin tersebut memainkan sebuah adegan seks dari sebuah filem prono.

Rupanya petugas mekanik tersebut memang menonton filem berjudul "The Forbidden Legend: Sex and Chopsticks". Namun, dia tidak sedar semasa menonton kabelnya masih berhubung ke panel untuk skrin billboard tersebut. Tayangan itu pun terpampang jelas selama 10 minit di tepi jalan yang sibuk.

Akibatnya pengguna jalan berkerumun menonton adegan porno dengan skrin super lebar di tengah-tengah perjalanan mereka. Nasib baik syarikat pemilik billboard tersebut mengetahui kelalaian itu dan segera menelefon si petugas. Akhirnya dia segera mencabut kabel penghubung dan membuang disc filem ke luar jendela.

Kini pihak polis tengah menyiasat insiden memalukan ini. Rakaman video itu sendiri sudah merebak di berbagai komuniti internet dan menjadi bahan perbincangan.

"Hanya berlaku di China, tonton film porno dengan skrin memuaskan," komen seseorang.

wk


5 comments: