Gambar hiasan |
London: Mahkamah semalam diberitahu, seorang lelaki menggigit zakar jirannya sehingga berdarah selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada gangguan bunyi.
Jason Martin, 41, dituduh membongkok dan menggigit Richard Henderson, 39, melalui pijama mangsa seelaps menerima mesej teks meminta dia memperlahankan muzik dipasangnya.
Menurut Henderson, Martin menggigit kemaluannya “seperti satu set sandwic” dan menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau.
Diminta menggambarkan serangan itu, Henderson memberitahu juri, kemaluannya “tidak lagi bersambung dengan seluruh anggota badannya.” “Saya tak pernah mengalami kesakitan sebegitu dan tidak mahu mengalaminya sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, polis yang dipanggil ke tempat kejadian mengakui melihat mulut Martin dipenuhi darah. Bagaimanapun, tertuduh menafikan dia menggigit Henderson.
“Bagaimana saya boleh menggigit dia ketika saya tak ada gigi?” katanya.
Sejumlah gambar turut ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Canterbury selepas mereka diberi amaran oleh pendakwa bahawa imej itu “tidak menyenangkan” untuk dilihat. Martin menafikan dia berniat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada Henderson dalam kejadian Jun tahun lalu itu.

Pendakwa, Mary Jacobson berkata, pergaduhan berlaku apabila Henderson dan pasangannya, Michelle Hilton berasa terganggu kerana muzik dimainkan dari rumah Martin pada lewat malam itu.
Sebaik keluar dari rumah masing-masing, kata Mary, Martin dan Henderson bergelut.
“Defendan menolak Henderson ke dinding, membongkok dan menggigit zakar mangsa.
“Henderson meraung kesakitan dan Michelle pula mula menjerit meminta tolong,” katanya. Martin berjaya dipisahkan daripada Henderson apabila jiran mula keluar dan cuba meleraikan pergaduhan berkenaan. Perbicaraan bersambung hari ini. - Agensi
MyMetro

MACAM2
ReplyDeletextahu nk ckp ap..
ReplyDeleteTak ada benda lain dia nak gigit ke situ pulak sasaran dia. Melampau!!
ReplyDelete