Xiao Bao, 8 bulan |
Xuzhou, China - Seorang ibu tergamak menikam bayinya sebanyak 90 kali dengan gunting. Sebabnya, bayi itu telah menggigit si ibu semasa menyusu.
Bayi tersebut Xiao Bao, 8 bulan bagaimanapun terselamat walaupun terdapat puluhan luka tikaman gunting dari ibunya.
Dipetik dari Daily Mail, Jumaat (12/7/2013), luka tikaman yang dialami bayi yang berasal dari Xuzhou, Jiangsu Province, China itu memerlukan lebih daripada 100 jahitan.
Bayi tersebut tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya. Pekerjaan mereka adalah mengitar semula sampah.
Salah seorang bapa saudara Xiao Bao yang mendapati bayi itu bersimbah darah di halaman rumahnya telah membawa anak saudaranya itu ke hospital.
Ibu bayi itu mengakui bahawa dirinyalah yang menikam bayi tersebut. Perempuan itu memberi alasan bayinya menggigit semasa sedang menyusu.
Menurut kerajaan, tidak ada pengesahan perubatan yang menyebut ibu Xiao Bao mengalami sakit mental.
detik.com
kejam
ReplyDeletekesian baby ni..
ReplyDeleteaaaaaaaa kesiannya weh tak sanggup tengok
ReplyDeletebodoh ah mak dia ni meh aku pijak je kasi leper
Macam tu pula. Kesiannya.
ReplyDeleteSinggah dan follow. Kalau sudi, jomlah ke blog saya dan follow sambil baca entri.
Selamat menyambut Ramadan.
sabar ajelah...dgn diorg nikan..
ReplyDelete