Kisah Bannack 'bandar hantu'


HAMPIR 10,000 rumah yang dibina dan diberikan kepada pelombong tempatan, terbiar begitu saja.

Bandar Bannack yang ketika itu masing-masing mengimpikan untuk memiliki dan melombong emas kini menjadi bandar hantu meskipun terkenal di masa lalu.

Mula ditubuhkan pada 1862 sebagai model wilayah pertama Montana, bandar terbengkalai dan sepi ini masih mempunyai 60 struktur pembinaan yang semuanya masih boleh diterokai pencinta sejarah Barat lama.


Dibina di sepanjang tebing Grasshopper Creek, sekitar di jalan utama bandar Bannack menempatkan tiga hotel, tiga kedai roti, tiga kedai tukang besi, dua bangsal, kedai runcit, restoran, dewan biliard dan empat salun.

Pada 28 Julai 1862, pencari gali yang diketuai John White menemui emas di sekitar sungai di kawasan terdiri­nya bandar Bannack hari ini.

Pada asalnya, ia dinamakan Willard Creek oleh peneroka ekspedisi benua bersejarah Lewis dan Clark pada 1805.


Namun, nama tempat itu diubah selepas kedatangan pemburu emas pertama di kawasan itu apatah lagi pertambahan penduduk yang semakin ramai juga dikatakan punca perubahan nama bandar itu.

Berita mengenai deposit emas merebak dengan pantas ke seluruh sempadan barat dan tidak lama kemudian, Montana dan Bannack menjadi kawasan ­per­lombongan emas terbesar di California.


Kebanyakan emas yang dijumpai adalah 95 peratus tulen, namun logam berharga yang terdapat di sepanjang sungai di Bannack itu didapati 99.5 peratus lebih tulen tahap kualiti yang luar biasa.

 Pekerja lombong turut memerlukan hiburan selari dengan perkembangan pembinaan bandar di sekitar kawasan perlombongan emas. Justeru, wujudlah pelbagai pusat hiburan, pelacuran dan bar.


Populasi di Bannack semakin berkembang mencecah ke angka 3,000 dalam masa setahun, oleh itu penduduk memohon kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf bandar itu secara rasmi.

Mereka yang berjiran dengan Orang Asli Amerika, masyarakat di situ menamakan ia sebagai Bannock namun Washington melakukan kesilapan dengan mengubah perkataan ‘O’ kepada ‘A’ yang kekal hingga ke hari ini.


Bersesuaian dengan reputasinya sebagai bandar sempadan, Bannack cuba mengekalkan suasana aman menerusi undang-undang.

 Laluan di dalam dan ­di luar bandar sepanjang Montana Trail merupakan rumah kepada puluhan pe­nyamun.

Keadaan semakin di luar kawalan sehingga pada Januari 1863, bandar ini me­ngupah Henry Plummer sebagai syerif.


Namun, rahsia mengenai Plummer terbongkar apabila siasatan mendapati syerif itu mengetuai pelbagai kejadian pembunuhan kejam di bandar itu membabitkan lebih 100 orang di seluruh Montana, Idaho dan Utah.

Akibatnya, syerif bersama dua timbalannya itu digantung tanpa perbicaraan pada 10 Januari 1864. Manakala, rakan-rakan dan rakan sekutu mereka dibuang negeri dan diancam bunuh jika kembali ke bandar itu.


Virginia City mula me­ngambil alih kekayaan dari Bannack pada 1866 dan bandar yang terkenal dengan populasi dahulunya kian menyepi.

Pada 1870, perlombongan emas menemui jalan buntu akibat kekeringan emas dan pada 1874, jumlah penduduk semakin berkurangan sehingga beberapa ratus.


Menyedari untuk menghentikan jumlah penurunan penduduk, sebuah sekolah dibina pada 1875 manakala bangunan mahkamah ­Beaverhead County yang ­didirikan, masih ada hing­ga ke hari ini.

Bagaimanapun, kestabilan penduduk itu tidak bertahan lama sehingga 1940 apabila sekolah ditutup sekaligus secara rasminya Bannack menjadi bandar hantu.


Bandar yang menempa sejarah di Montana ini tidak pernah dilupakan malah pada 1954, Jabatan Ikan, Hidupan Liar dan Taman Montana mengi­sy­tiharnya sebagai taman negeri.

Sehingga kini, peminat sejarah dari seluruh ­dunia datang untuk melawat dan meneroka sisa ba­ngunan tinggal dan bermalam di rumah tumpa­ngan dan kem yang dibina di sepanjang Grasshopper Creek. - DM

MyMetro/Daily Mail

1 comment: