Lima lelaki terperangkap atas pokok selama tiga hari gara-gara dikejar harimau


Lima lelaki terperangkap di atas pokok di Taman Nasional Gunung Leuser,sempadan Sumatera utara dan Aceh selama tiga hari selepas dikejar harimau yang telah menggigit mati salah seorang rakan mereka.

Para lelaki itu tengah mencari sejenis kayu yang digunakan untuk wangian semasa mereka secara tidak sengaja membunuh anak harimau.

Beberapa harimau kemudian menyerang kumpulan itu, dan salah seorang di antaranya terbunuh.

Penduduk kampung yang tinggal tidak jauh dari taman nasional memanggil polis untuk menyelamatkan lima lelaki yang berada di atas pokok itu.

"Jenis kayu yang dicari mereka sangat mahal .. namun mereka mengambil risiko dengan memasuki Leuser, habitat harimau dan gajah," kata polis Dicky Sondari kepada pejabat berita AFP.

Dikcy mengatakan mereka mencari makan dengan membuat perangkap untuk kijang namun secara tidak sengaja memerangkap anak harimau.


"Empat harimau masih menunggu para lelaki itu di bawah pokok," kata Dicky.

Dia menambah, perjalanan untuk menyelamatkan mereka diperlukan kira-kira dua hingga tiga hari.

Harimau Sumatra merupakan spesies harimau yang paling kecil di dunia dengan penduduk hanya 400 hingga 500 di kawasan liar.

Kawasan taman nasional Leuser merupakan habitat dari sekitar 5.800 dari sekitar 6.600 orangutan serta gajah dan harimau.

Namun habitat bintang yang dilindungi ini terancam ekoran pembukaan tanah untuk perladangan kelapa sawit.

detik.com

4 comments: