Lelaki ini lakukan hula hoop pakai tayar traktor


Melakukan hula hoop biasa saja sudah cukup sukar, apalagi menggunakan peralatan yang tak lazim. Hal itulah yang dipertontonkan oleh Paul Blair di rakaman video YouTube. Dia melakukan hula hoop menggunakan tayar traktor.

Lelaki yang dijuluki Dizzy Hips ini memang dikenal sering memecahkan rekod melakukan hula hoop luar biasa. Kali ini dia menggerakkan tayar traktor yang tebal dan besar di pinggangnya. Hebatnya, Paul tidak melantun dan tetap berdiri kuat menahan kesan pusingan tayar tersebut.

Paul menuliskan di keterangan videonya bahawa tayar yang digunakannya mempunyai berat sekitar 45 kg. Melihat kemapuan Paul membuat ramai yang terpukau. Dimuat naik pada 1 Julai, video aksi Paul ini sudah 6,300 kali dilihat.

"Wow! Bahkan aku harus berusaha keras hula hoop biasa," komen seseeorang. "Kalau aku yang melakukannya pasti terbanting." kata yang lain

Sebelumnya Paul juga memecahkan rekod untuk hula hoop terbesar saiz 13.2 meter. Dia juga berjaya berlari sejauh 1.6 km sambil melakukan hula hoop. Lelaki Amerika ini juga tercatat bermain hula hoop terbanyak dalam sekali pusingan menggunakan 132 hoop.

wk

4 comments:

  1. kuatnya dia..kita nak buat dgn gegelung rotan pun tak larat dah lama2.

    ReplyDelete
  2. guna yang bese pun xreti apatah lagi tayar..heeee

    ReplyDelete
  3. kalu sy da tergolek dulu dek tayar tu hehehee

    ReplyDelete