Anggota polis serang balai polis, tiga cedera


Jawa Tengah: Tiga anggota polis cedera apabila sekumpulan anggota pasukan khas Briged Mobil (Brimob) menyerang sebuah balai polis di Jakarta Tengah semalam.

Kejadian berlaku selepas seorang anggota Brimob dimaki hamun dalam mesej yang diterimanya menerusi telefon bimbit.


Timbalan Ketua Polis Indonesia, Nanan Sukarna berkata, semua yang terbabit sudah dipanggil dan mengaku bersalah. “Mereka sudah sedar mengenai kesilapan yang mereka lakukan. Itu yang penting,” katanya.

Dia mengaku tiga orang cedera dalam perkelahian itu.


Menurut laporan awal, kejadian di Balai Polis Sabhara Jawa Tengah itu berlaku awal pagi semalam selepas seorang anggota balai berkenaan yang melakukan rondaan dan memberi maklumat keselamatan, didakwa menghantar mesej berbau maki hamun kepada anggota Brimob.


Nanan tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai mesej itu tetapi berkata, mereka yang terbabit baru saja menamatkan latihan dan enggan menyatakan sama ada mereka akan dikenakan tindakan. - AP


MyMetro

No comments:

Post a Comment