Ramai wanita diraba semasa demonstrasi


Kaherah - Serangan seksual oleh sekumpulan lelaki yang mensasarkan wanita dilaporkan meningkat selama protes anti-kerajaan Mesir di Tahrir Square, Kaherah. Sebuah kumpulan yang dibentuk untuk melindungi perempuan di lokasi itu menyatakan, sebanyak 46 kes serangan telah berlaku sejak 30 Jun 2013. Mangsanya hampir seluruhnya wanita penunjuk perasaan.

Suasana menjadi lebih agresif pada malam hari. Penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir siang dan malam untuk memaksa pengunduran diri Presiden Mohammed Mursi.

Jenis serangan pelbagai, bermula dari sekadar meraba-raba hingga kekerasan fizikal. "Banyak kes adalah kes parah yang memerlukan baik rawatan psikologi atau perubatan," kata salah satu anggota kumpulan, Engy Ghozlan, pada Associated Press.

Kumpulan itu berkata di akaun Twitter-nya bahawa sekurang-kurangnya 17 percubaan serangan seksual dilakukan di Tahrir Square pada Isnin 1 Julai 2013, dan sukarelawan campur tangan dalam lapan kes di antaranya.

"Masalahnya ialah bahawa tidak ada polis, sehingga tidak ada keselamatan. Jika polis mengawal dataran kita tidak akan mempunyai masalah seperti ini," kata Nabil Mitry, seorang penunjuk perasaan berusia 35 tahun.

Serangan seksual pernah dilaporkan juga ketika demonstrasi menggulingkan Hosni Mubarak, pada tahun 2011. Gangguan seksual adalah hal umum di Mesir, tetapi frekuensinya semakin meningkat dan merebak hingga ke tengah-tengah penunjuk perasaan.

Yang terbaru, seorang wanita Belanda diserang oleh sekumpulan lelaki yang mengepungnya di lokasi itu pada Jumaat 28 Jun 2013, kata para pegawai. Pada hari Isnin lalu, Committee to Protect Journalists menyatakan wanita 22 tahun itu telah dipulangkan, merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh kedutaan besar Belanda di Kaherah.

Seorang pegawai keselamatan, yang bercakap dengan syarat tanpa nama menyatakan pendakwa Mesir telah melancarkan siasatan atas serangan itu.

Media Belanda melaporkan bahawa kementerian luar negeri telah mengesahkan serangan itu tanpa memberikan butiran lebih lanjut. Laporan lain mengatakan wanita ini adalah pekerja di sebuah organisasi di Mesir dan pergi ke dataran untuk mengambil foto penunjuk perasaan.

Kakitangan presiden Essam el-Haddad mengatakan telah menerima laporan tujuh kes serangan seksual pada hari Jumaat. Dia menyatakan tindakan itu jenayah dan bukan kerana motivasi politik. "Serangan seksual menjadi tanda keramaian di Tahrir Square berada di luar kawalan," katanya.

Beberapa penunjuk perasaan berkata kerajaan telah membesar-besarkan mengenai kekerasan seksual untuk cuba mengusir penunjuk perasaan perempuan dan merosakkan reputasi pembangkang.

tempo.co

2 comments:

  1. mmg cari penyakit masuk tmpt mcm nih...dah ler puak2 Arab mmg suka wat kerja mcm ni...

    ReplyDelete