Dua mayat disembelih ditemui di Hulu Selangor

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Dua mayat lelaki, termasuk seorang yang dipercayai disembelih ditemui di dalam pondok sebuah ladang sawit di Jalan Baru, Seri Keledang, Hulu Selangor.

Polis menerima maklumat penemuan dua mayat berkenaan pada jam 4.30 petang oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan pondok kayu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi, berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan seorang daripadanya ditemui dengan kesan kecederaan serius di kepala.


Identiti mangsa

“Siasatan awal forensik menemui sebatang cakar besi berhulu kayu patah berada di sisi mayat.

“Keadaan dalam pondok berselerak dan percikan darah di merata tempat dalam pondok kayu berlantaikan papan lapis dan berbumbung zink itu,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Norel berkata, polis mengesahkan identiti kedua-dua mayat sebagai Muhamad Hafiz Omar, 29, dan Hamsi Hashim, 32, masing-masing berasal dari Hulu Selangor.

BH


1 comment:

  1. assalam,

    macam2...sekarang ni banyak berita2 macam ni...ibarat nyawa dah tak bernilai lagi..

    ReplyDelete