Kekenyangan usai berbuka, puluhan warga Qatar dirawat di hospital

Gambar hiasan

DOHA - Inti berpuasa bagi umat Muslim di bulan suci Ramadhan ini adalah menahan hawa nafsu. Salah satu nafsu yang harus ditahan adalah makan "gila-gilaan" semasa berbuka puasa.

Nah, akibat tak mampu menahan nafsu ini, puluhan orang di Qatar, Rabu malam lalu, terpaksa dirawat di hospital.

Penyebabnya, mereka mengalami "kekenyangan" kerana makan berlebihan di saat buka puasa. Demikian laman Arabian Business mengkhabarkan, Khamis (12/7/2013).

"Kami biasa merawat 10 hingga 15 kes kekenyangan setiap hari selama Ramadhan," kata seorang pegawai hospital Al Ahli.

"Pesakit kekenyangan biasanya datang pada pukul 8.00-8.30 malam dengan gejala sakit perut dan muntah-muntah. Tanpa rawatan, mereka tak berhenti muntah kerana adanya radang di peut mereka," tambah kakitangan hospital itu.

Tahun lalu kira-kira 100 orang dirawat di beberapa hospital di Doha kerana kes yang sama, kekenyangan. Penyakit lain yang juga banyak terjadi semasa bulan Ramadhan adalah dehidrasi dan masalah buah pinggang

kompas


No comments:

Post a Comment