Lalat jadi makanan manusia pada masa depan?


Bayangkan jika kamu harus makan lalat di meja makan kamu, pastinya bagi anda yang tidak suka dengan lalat pasti akan jijik dan tidak mungkin untuk memakan lalat.

Namun tahukah anda jika di masa depan nanti manusia pasti akan makan lalat. PBB bahkan meramalkan di masa depan manusia akan memakan serangga seperti ini kerana petambahan jumlah penduduk yang meningkat sementara jumlah makanan berkurangan.

Diberbagai belahan bumi di dunia ini ada beberapa masyarakat yang memakan serangga. Serangga merupakan makanan yang kaya dengan protein akan menjadi makanan yang menjadi penganti makanan asasi di dunia.

Seorang perancang industri bernama Katherine mencipta sebuah alat ladang lalat yang bernama Farm 432. Dengan alat ini anda boleh mengembangkan biakkan larva lalat sebagai bahan makanan yang berprotein tinggi.

Pasti kamu akan geli memakan lalat  kerana ia mengandungi kuman. Lalat yang dihasikan dari alat ini tidak mengandungi kuman sehingga selamat untuk dimakan manusia.

Selain protein tinggi, lalat juga mengandungi kalsium dan asid amino, dua elemen yang akan membantu pembaikan rangkaian dan otot di tubuh, seperti dinukil PCAuthority.

Kita  tunggu saja apa benar suatu masa di masa depan manusia akan makan lalat.

palingseru.com


1 comment:

  1. teringat masa gi sebuah pasar kat sebuah desa.. ikan yg dijual tenggelam dek ratusan lalat.. masa tgk tu tak lalu nak beli. tapi, bila dah masak, terasa ikan tu paling sedap sbb tanpa 'ubat'. err..ikan kat pasarkan byk letak ubat utk elak lalat hinggap..

    ReplyDelete