Bandaraya Mexico: Pihak berkuasa Mexico menemui tujuh kepala yang dipenggal dan disumbat ke dalam sebuah beg plastik di tepi satu lebuh raya di bandar Guadalajara semalam, kata seorang pegawai pendakwa di negeri Jalisco.
Penemuan mengerikan kira-kira 40 kilometer dari bandar kedua terbesar di Mexico itu memberi isyarat bahawa keganasan dan jenayah masih melanda Mexico, walaupun kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa kadar kejadian pembunuhan semakin berkurangan.
Lebih 60,000 orang terbunuh dalam keganasan berkaitan dengan kartel dadah dalam tempoh 2006 hingga 2012, di bawah pemerintahan Presiden Felipe Calderon.
Pembunuhan meningkat
“Kejadian pembunuhan meningkat lebih lima peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu,” kata seorang pegawai di jabatan polis Mexico.
Beliau berkata, purata, 1,000 dibunuh setiap bulan di bawah pentadbiran pengganti beliau Enrique Pena Nieto yang mengambil alih jawatan pada Disember.
Negeri Jalisco yang menjadi pembekal utama minuman keras tequila dan terkenal dengan muzik mariachi, dilanda keganasan hampir sepanjang masa.
Awal minggu ini, mayat dua muris sekolah yang disyaki membuli anak seorang pengedar dadah berpengaruh ditemui di Jalisco.
Mac lalu, menteri pelancongan Jalisco ditembak mati di Guadalajara hanya selepas seminggu menyandang jawatan. - REUTERS
BH
Menakutkan je tgk pada angka pembunuhan tu..
ReplyDeletetakutnya
ReplyDelete