Polis China guna angsa untuk cegah jenayah

Foto: Orange

XINJIANG - Petugas keamanan di stesen terpencil di China menukar anjing penjaga dengan angsa untuk berjaga-jaga di malam hari. Unit khas ini menarik perhatian penduduk tempatan.

Pegawai keselamatan di Wilayah Xinjiang, China telah memilih sekumpulan angsa sebagai pengawal. Ini disebabkan angsa dianggap mempunyai pendengaran yang lebih baik dan sangat bising ketika penceroboh datang.

"Anjing sangat baik, tetapi ketika pencuri datang, mereka akan meracuni anjing pertama. Angsa cukup waspada dan mereka mempunyai pendengaran yang luar biasa. Angsa cukup berani, ketika mereka melihat orang asing, mereka akan maju untuk menyerang," kata seorang pegawai polis, dipetik dari Orange, Rabu (24/7/2013).

okezone

2 comments:

  1. Angsa sebenarnya penjaga yang sangat baik. Tindakan yang bijak tapi kena rajin la sapu taik angsa tu..

    ReplyDelete