Seorang wanita bunuh kekasih dengan seluar dalam


Colombo: Seorang wanita menyerah diri di sebuah mahkamah di Panadura bersama-sama peguamnya semalam selepas membunuh seorang lelaki berusia 40 tahun.

Wanita itu, dalam pengakuannya berkata, lelaki yang sudah berumah tangga itu yang juga kekasihnya, cuba menjerutnya dengan coli. Dia bagaimanapun melawan dan berjaya melepaskan diri sebelum menjerut lelaki itu dengan seluar dalamnya.


Polis di Panadura Selatan menemui mayat lelaki itu, Indrajith tersembam di tempat duduk keretanya.

Hasil bedah siasat menunjukkan dia dijerut hingga mati dengan alat seperti kain.


Menurut wanita berusia 39 tahun itu, dia menjalinkan hubungan sulit dengan mangsa sejak empat tahun lalu. - Agensi

MyMetro


4 comments:

  1. selamat pagi
    singgah pagi disini
    salam ramadhan

    ReplyDelete
  2. mengarut btol dorang ni
    selamat berpuasa =)

    ReplyDelete
  3. Kalau tak ada seluar dalam mungkin dia yg mati. Kira seluar dalam itu penyelamat nyawa utk seketika. Lepas ini ketali gantung juga. Macam-macamlah Redz.

    Selamat berpuasa dik..

    ReplyDelete