Mercun bentuk bom tangan pula muncul, bunyi 5 kali lebih kuat


Ipoh: Semakin dilarang, semakin berleluasa. Itu senario peniaga mercun di bandar raya ini apabila galak menjual beberapa mercun jenis baru bagi sambutan Aidilfitri kali ini, termasuk satu daripadanya mempunyai bentuk seperti bom tangan.

Dijual pada harga RM3 hingga RM5 setiap satu mengikut saiz, mercun dipercayai diseludup dari Thailand itu mampu menghasilkan bunyi letupan lima kali ganda lebih kuat berbanding mercun biasa.

Peniaga mercun hanya mahu dikenali sebagai Helmi, 22, berkata mercun bom tangan itu kini antara produk jenis baru mendapat sambutan paling menggalakkan daripada pelanggan.

“Ramai pelanggan suka beli mercun ini kerana bunyi letupannya lima kali lebih kuat berbanding mercun katak, ketupat, bola atau botol. Lagipun, orang suka mercun ini sebab reka bentuknya menyerupai bom tangan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Katanya, secara umum ada kira-kira 75 jenis mercun di pasaran ketika ini dan 10 daripadanya mercun jenis baru. Antaranya mercun aiskrim, langsuir, osama dan bunga api sate.

MyMetro

1 comment:

  1. family aku ni dah lama tinggalkan main2 mercun ni. dulu masa aku sekolah2 selalu gak ayah aku layan beli. ni masing2 dah besar, takde nya nak main mercun2 dah

    ReplyDelete