Abdul Aziz meneliti barangan samun termasuk makanan, kondom dan senjata digunakan suspek.
KUALA KETIL - Empat lelaki bersenjatakan parang bukan sahaja melarikan wang ringgit bahkan turut melarikan beberapa bungkusan kondom dalam kejadian samun di kedai serbaneka 24 jam, di sini, kira-kira jam 5.45 pagi kelmarin.
Keempat lelaki berusia lingkungan 19 dan 26 tahun itu turut melarikan barang makanan, tunai RM109.90 termasuk telefon bimbit pekerja kedai serbaneka itu.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, seorang suspek turut bertindak mengacu parang kepada penjaga kaunter terbabit bagi mendapatkan wang.
Berikutan ketakutan, pekerja terbabit menyerahkan wang berkenaan malah, telefon bimbitnya bernilai RM600 turut dilarikan.
Ketika kejadian, terdapat dua pekerja yang bertugas, seorang di kaunter pembayaran manakala seorang lagi rakan mangsa sedang menyusun barang.
Mangsa, Shawal Mohamad Isa, 22, dari Kampung Tembak, Parit Panjang berkata, dia tergamam setelah empat lelaki bersenjatakan parang meluru masuk ke kedai itu.
“Salah seorang lelaki terbabit mengarahkan saya mengeluarkan wang sambil mengacu parang ke arah saya.
“Manakala, rakan- rakanya lain mencuri barang makanan, rokok termasuk kondom,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, semua lelaki terbabit melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Proton Exora yang diparkir di hadapan premis kedai itu.
Mat Daud berkata, sejurus mendapat laporan pengadu pada jam 8.15 pagi, seramai enam anggota polis yang diketuai oleh Pegawai Risikan dan Operasi, Inspektor Abdul Aziz Md Resof terus memburu keempat-empat suspek.
Menurutnya, berpandukan kepada rakaman kamera litar tertutup, anggota polis berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki terbabit dalam tempoh kurang 10 jam di Pusat Membeli Belah, Sungai Petani.
“Penahanan lelaki terbabit membolehkan anggota polis mengesan tiga lagi suspek. Semua mereka ditahan di tempat berasingan, dua ditahan di Lata Bukit Hijau, seorang lagi di Taman Kempas, Sungai Petani. Semua mereka berjaya ditahan dalam tempoh masa 12 jam dari masa kejadian,” katanya.
Beliau berkata, dua lelaki terbabit bekerja di pusat peranginan Lata Bukit Hijau dan seorang lagi rakan mereka berasal dari Hulu Langat, Selangor.
Semua suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa senjata api.
Jika sabit kesalahan, semua suspek berdepan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sinar Harian

No comments:
Post a Comment