Penemuan paku, logam dalam kepala seorang wanita bingungkan doktor

 
Cianjur: Penemuan pelbagai objek berbahaya, termasuk paku dan logam dalam kepala seorang wanita masih membingungkan doktor di Cianjur.

Media semalam melaporkan, Indri Yani, 22, kini dirawat di Hospital Cianjur selepas beberapa objek asing ditemui dalam telinganya. Timbalan Pengarah Hospital Cianjur, Toton Suryotono berkata doktor belum dapat memastikan apa lagi yang ada dalam tubuh Indri.


“Pemeriksaan lanjut masih diperlukan,” katanya. Setakat ini, kata Toton, banyak objek logam ditemui dalam badan Indri, terutama pada bahagian telinga suri rumah itu.

Sebelum ini, katanya, objek asing itu keluar sendiri dari mulut dan telinga Indri. Menurut sumber, penemuan aneh itu disedari dua bulan lalu apabila Indri terjatuh di bilik mandi dan telinganya berdarah. Darah terus keluar sehingga hampir dua bulan tetapi Indri tidak mengalami sebarang rasa sakit, kecuali apabila darah itu berhenti. Bingung dengan keadaan itu Indri mengorek sendiri telinganya dan berasa ada sesuatu di situ.


Dengan bantuan rakannya, mereka mendapati telinga Indri mengandungi paku.

MyMetro

1 comment: