Naftali Bennett |
JERUSALEM - Saat perundingan perdamaian Israel-Palestin dijadualkan untuk dilanjutkan lagi setelah terhenti tiga tahun, media Israel, 972 Magazine, melaporkan bahawa seorang anggota kabinet negara itu menyatakan sokongannya untuk membunuh saja para tahanan Palestin berbandinag membawa mereka ke mahkamah.
Ahad (28/7/2013) lalu, Israel mengumumkan akan membebaskan 104 tahanan Palestin, satu peringatan penting dalam rencana yang ditengahi John Kerry untuk memulakan kembali rundingan damai itu.
Namun, menurut laporan 972, Menteri Perindustrian, Perdagangan, dan Tenaga Kerja Israel yang juga Pemimpin Jewish Home Party, Naftali Bennett, tidak dapat menyetujui hal lain, sebagaimana yang dicadangkan dalam sidang kabinet pada hari Ahad itu, selain cara haram untuk berurusan dengan para tahanan .
"Jika anda menangkap pengganas, anda cukup membunuh mereka," kata Bennett, menurut laporan dalam edisi cetak berbahasa Ibrani dari harian Yedioth Ahronoth.
Penasihat Keselamatan Negara Israel, Ya'akov Amidror, dilaporkan bertindak balas dengan mengatakan bahawa amalan seperti itu haram. Bennett kemudian dilaporkan menyatakan, "saya telah membunuh banyak orang Arab dalam hidup saya, dan tidak ada masalah dengan hal itu."
Bennett, seorang bekas pegawai tentera Israel (IDF) yang berhaluan konservatif, sempat bergabung dengan para penunjuk perasaan yang menentang keputusan untuk membebaskan para tahanan sebelum menghadiri mesyuarat kabinet hari Minggu. Menurut The Jewish Press, sebelum undi di mesyuarat kabinet pada hari Minggu itu, Bennett mengatakan, "pengganas harus dibunuh, bukan dibebaskan."
Pembicaraan perdamaian di Washington bermula pada hari Isnin, walaupun kedua-dua belah pihak tetap ragu-ragu mengenai komitmen untuk menyelesaikan kebuntuan yang telah berlangsung selama beberapa dekad.
kompas

penjahat sebenar
ReplyDeleteTgk muka je da serupa setan
ReplyDelete