Pengikut fahaman Syiah di Malaysia cecah sejuta orang?

SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz (gambar) mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.

Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.

Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.

Sinar Harian


3 comments:

  1. Kakak rasa selain student dari luar dari student kita yg baru balik dari luar juga jadi penyumbanglah Redz.. takut sebab kadang memula macam tak nampak tapi bila bab sunnah-sunnah baru kita nampak bezanya mereka dgn kita..

    ReplyDelete
  2. sy penah tgk 1 rancangan kt tv1 ttg shiah ni...org yg mengamalkan tu secara terang2an memberitahu ttg shiah. muka dia pun x d blur kn...bla tgk sy terfikr, maknanya malaysia ni open ttg shiah...

    ReplyDelete
  3. mmg menakutkan..kalau bkn masa kita takut pd anak2 pula tempiasnya..minta2 jauhkan dgn diorg ni..diorg nilah yg akan menyebabkan perang saudara..mmg tanda hampirnya kiamat..knor mmg tak suka baca pasal syiah ni..meremang bulu roma..mmg ramai kat malaysia ni..

    terang2 lagi songsang

    ReplyDelete