Ketahui khasiat air tebu

Foto: Google

Menurut Organic Lifestyle Magazine, jus tebu merupakan satu alternatif sihat berbanding gula pasir.

Majalah itu menjelaskan, air tebu mengandungi fruktos dan glukos yang tidak memerlukan tindak balas insulin untuk metabolisme jika dibandingkan dengan gula yang berasaskan sukros.

"Sebabnya, tubuh manusia menjalankan proses metabolisme berasaskan gula tumbuhan ini dalam hati dan bukan dalam usus kecil. Fruktos dan glukos daripada jus tebu akan diserap lebih perlahan berbandingkan sukros dan tidak menyebabkan perubahan mendadak dalam paras gula darah," menurut majalah itu.

Pakar kesihatan percaya, walaupun jus tebu tidak mengandungi kumpulan vitamin seperti A, C atau E, ia masih mengandungi antioksidan daripada bahan flavonoid dan fenol.

Flavonoid adalah penentang virus, alergi, keradangan, tumor serta membawa kesan antioksidan dalam tubuh manusia.

Jus tebu diperoleh dengan memerah batang tebu yang telah dikupas kulitnya menggunakan mesin pemerah yang diputar dengan tangan atau mesin. Jus itu lebih enak jika diminum sejuk.

Ia sememangnya popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana jus itu mudah didapati di banyak lokasi.

Di Malaysia, air tebu boleh didapati di seluruh negara terutama di gerai tepi jalan dan di medan selera. Ia juga dibotolkan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Jus tebu juga mempunyai kalori tinggi untuk membekalkan tenaga kerana kandungan gulanya.


2 comments: