Objek bercahaya seperti orang rukuk menjelma sebelum subuh

Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok hadapan rumah Irfan, kelmarin.

 KOTA BHARU- Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

Sinar Harian


6 comments:

  1. Kalau Allah nak tunjukkan apa pun boleh terjadi. Maha berkuasa Allah tidak ada yg menandinginya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Sesiapa yang pernah melihat sendiri kejadian berkenaan mahupun lain-lain kejadian yang seumpamanya, pasti akan rasa hairan dan mungkin sedikit menyeramkan.

    Namun jika mereka yang 'tak ada' perasaan, tidak pernah pula mengalami apa-apa kejadian misteri, pasti mereka mengatakan semua ini hanyalah ilusi dan poyo semata...


    **sekadar berkongsi pengalaman :

    Beberapa bulan lalu, semasa saya masih berniaga di Pasar Tani UTC Melaka, saya sedang berborak dengan seorang rakan semasa kami sedang menanti masa untuk pulang ke rumah.

    Saya seakan terpanggil untuk melihat ke arah satu batang pokok besar yang dipercayai sudah berusia lebih 100 tahun di tapak pasar tani berkenaan. Tiba-tiba saya ternampak suasana sekitar pokok seperti berkabus dan ada cahaya bersinar-sinar.

    Dalam masa yang sama kelihatan susuk tubuh seperti manusia dalam keadaan lut sinar melangkah masuk ke dalam pokok berkenaan. Sebaik sahaja tiga langkah 'makhluk' itu masuk ke dalam pokok, ia terus ghaib...

    ReplyDelete
  3. SELAMAT TENGAHARI
    ANUM BR LEPAS HBS EXAM
    SINGGAH SINI LU

    ReplyDelete