Wanita tuntut tunggakan gaji dinoda bekas majikan

 Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 32 tahun menuntut tunggakan gaji RM250 daripada bekas majikannya mengundang padah apabila mangsa bukan saja dirogol sebaliknya turut diliwat dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan, Ampang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa dilapor dipaksa memakan pil dipercayai dadah sebelum diperkosa suspek berusia lewat 30-an itu. Difahamkan, suspek mengugut untuk tidak membayar tunggakan gaji sekiranya mangsa tidak memakan pil berkenaan.


Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa bersendirian pergi ke restoran bekas majikannya di Tasik Tambahan, Ampang untuk menuntut tunggakan gaji.

“Suspek bagaimanapun, mengarahkan mangsa pergi ke rumahnya berhampiran kawasan berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya.


Menurutnya, suspek kemudian memaksa mangsa menelan sebiji pil dipercayai dadah.


“Mangsa yang enggan berbuat demikian diugut tidak akan dibayar tunggakan gaji sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa akur dan mula khayal selepas mengambil pil berkenaan.

“Kesempatan itu diambil untuk merogol mangsa. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut diliwat,” katanya.


Katanya, selepas selesai melempiaskan nafsunya, suspek mengarahkan mangsa pulang ke rumah selain tidak menjelaskan tunggakan gaji berkenaan.

“Mangsa yang dibantu seorang pemandu teksi kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.


Susulan laporan itu, sepasukan polis bergegas ke rumah suspek dan berjaya menahannya yang bersendirian di rumah berkenaan.


Katanya, suspek akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan manakala mangsa juga sudah dirujuk ke hospital berhampiran.


Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih dirawat di sebuah hospital di kawasan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

3 comments:

  1. Betul-betul pendik akal kedua-duanya. Satu bodoh pergi sendiri utk duit yg cuma 250 ringgit.

    Satu lagi bodoh dgn buat gitu dia ingat boleh lepas.

    ReplyDelete
  2. memang pendek akal, tapi yang kedua tu bukan sebab dia ingat boleh lepas kak!, tapi dah BIASA BUAT, entah ke berapalah mangsa tu, sebab tu dia ada stok pil khayal.

    ReplyDelete