Kecoh! Harimau bintang sesat masuk bandar

Foto: bbc.co.uk

Bandar Meerut, India, dilanda panik . Gara - garanya , seekor harimau bintang berkeliaran di pusat bandar . Sekolah - sekolah dan universiti ditutup , peringatan disebar ke seluruh penduduk di bandar yang relatif dekat dengan ibu negara India New Delhi , 60 kilometer - hanya 2 jam memandu .

Seekor harimau bintang dilaporkan kali pertama dilihat memasuki bangsal kosong di hospital tentera pada Ahad lalu , di mana ia menyerang dan mencederakan seorang lelaki yang kebetulan masuk .

Haiwan buas itu sempat dikurung dalam sebuah bilik sebelum akhirnya lari melalui tingkap . Pasukan polis dalam jumlah besar dikerahkan , pakar binatang liar bertanggungjawab memberi bantuan untuk menangkap haiwan itu .

Namun , usaha menangkap haiwan liar itu diganggu orang ramai orang yang takut tapi mahu  melihat harimau bintang itu secara langsung .

" Kami telah menutup sekolah dan universiti di seluruh bandar , kerana kami belum dapat mencari harimau dan tidak ingin mengambil risiko . Ini langkah pencegahan , " kata hakim daerah Pankaj Yadav , seperti dimuat BBC , Isnin 24 Februari 2014 .

" Kami mendapat laporan dari pelbagai kawasan , namun belum boleh mengesan lokasi pasti si harimau , " kata pegawai perhutanan , Sushant Kumar .

Sementara , pegawai lain , SK Dubey berkata , harimau itu sempat menyelinap di sebuah pawagam , sebelum masuk ke blok pangsapuri . " Setelah itu kami kehilangan jejaknya , " katanya.

Pihak berkuasa juga diperintahkan menutup pasar-pasar di kota berpenduduk 3,5 juta orang itu, hingga harimau bintang yang sudah membuat 6 orang cedera itu ditangkap.


Harimau bintang tersebut  berasal dari hutan berdekatan dan entah bagaimana tersesat ke Meerut .

Harimau dan kucing besar lain beberapa kali tersesat ke daerah - daerah berpenduduk . Para pecinta alam sekitar telah memberi amaran bahawa konfrontasi dengan manusia boleh meningkat .

Bukan sepenuhnya salah mereka . Faktor penyebab adalah kerana manusia mengganggu habitat para haiwan . Salah satunya dengan merosakkan dan menggondol hutan.

No comments:

Post a Comment