Foto: Google
BANDAR SUNGAI EMAS - Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan sekumpulan remaja berhampiran Perhentian Bas Bandar Sungai Emas, semalam membimbangkan sebahagian pelajar kolej di kawasan tersebut.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang itu, sekumpulan remaja yang sedang menunggu bas terkejut apabila melihat seorang lelaki memberhentikan motosikalnya lalu menunjukkan kemaluan kepada mereka.
Pelajar, Nur Hamiza Ithnin, 19, berkata, dia sendiri tidak pasti adakah pemuda terbabit sengaja atau sedang membetulkan seluarnya, namun kejadian seumpama ini sudah beberapa kali didengarinya berlaku di beberapa kawasan perhentian bas sekitar Banting.
Menurutnya, tindakan tidak bermoral itu membimbangkan mereka yang setiap hari menunggu bas di kawasan tersebut dan jika tiada pemantauan dilakukan sudah tentu kejadian yang sama berulang lagi.
“Saya tidak pasti adakah ini kejadian yang pertama atau pernah berlaku di sini kerana rakan-rakan pernah mendengarnya sebelum ini namun tidak pernah berhadapan situasi itu,” katanya.
Sementara Nasha Ahmad, 20, berkata, dia tidak pernah terserempak dengan tindakan lelaki yang menunjukkan kemaluannya di tempat awam namun risau sekiranya kejadian sama berlaku kerana dia sering menggunakan pengangkutan awam di situ.
"Jika benar berlaku kes seperti ini, saya harap pihak polis dapat memantau dan melakukan tindakan susulan demi keselamatan pelajar di sini," katanya.
Sebelum ini, kes yang sama pernah berlaku pada Disember 2012 di Kuala Langat melibatkan seorang remaja perempuan yang bekerja di sebuah kedai telefon di Pekan Banting.
Difahamkan remaja itu trauma apabila didatangi seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di sebuah perhentian bas di Telok Datok.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu ketika remaja berkenaan menunggu bas untuk ke tempat kerja.
Sumber: Sinar Harian

macam2 bila dah mental problem & tiada iman..
ReplyDelete