Suami dibicara kerana intai isteri mandi


HOBART - Seorang lelaki di Hobart , Tasmania , Australia dibicarakan kerana mengintai isterinya sendiri yang sedang mandi . Lelaki ini membuat lubang kecil di kaca dalam bilik mandi mereka .

Kes yang sedikit aneh ini berlaku ketika hubungan suami - isteri yang telah berkahwin 34 tahun itu diambang perpisahan . Dilapor News.com.au , Jumaat ( 31/1/2014 ) , pendakwa yang mengendalikan kes ini , Steven Harper memberitahu pada Ogos 2013 lalu , si isteri yang hendak mandi ternampak suaminya mengintai dari tangki air .

" Setelah keduanya berbincang , si suami sepakat untuk menghormati hak privasi isterinya di masa akan datang , " tutur Harper . Namun , Oktober 2013 , insiden sama kembali terjadi . Si isteri menemui lubang untuk mengintai tersembunyi di balik kaca . Si isteri yang marah langsung melapor kepada polis .

Kepada polis , si suami mengakui dirinya memang mengintai  isterinya di bilik mandi dan merakam pelbagai video si isteri . Menurut undang - undang tempatan , mengamati atau merakam secara visual orang lain yang sedang dalam keadaan yang dianggap privasi diancam hukuman maksimum 12 bulan penjara atau denda hingga AUS $ 6,500.

Hakim Michael Hill menyatakan peraturan yang ada sebenarnya tidak untuk diterapkan pada situasi domestik atau dalam perkahwinan . Hakim akhirnya melepaskan si suami namun dengan masa percubaan selama 2 tahun .

No comments:

Post a Comment