Racun perosak pada awalnya digunakan untuk menghapuskan serangan ulat bulu berkenaan, namun gagal menyebabkan JPAM terpaksa menebang pokok yang menjadi sarangnya.
KUALA NERUS – Jika sebelum ini mereka lebih sinonim dengan haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular serta tebuan, tetapi kali ini lain pula dilalui sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) negeri apabila buat pertama kalinya terlibat dalam operasi memusnahkan ulat bulu.
Tiada siapa menduga, cabaran dilalui lebih sukar ketika berhadapan ulat bulu putih yang seakan kekabu atau kapas kerana ribuan spesies itu melekat pada sebatang pokok hingga mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan berdekatan.
Sebaik menerima panggilan daripada penduduk Kampung Bukit Tok Beng mengenai kehadiran serangga yang boleh mengakibatkan gatal pada badan itu, seramai tiga anggota dikerah untuk menangani situasi tersebut.
Seorang anggota JPAM, Shukria Sulong berkata, mereka datang dengan membawa alat pemusnah iaitu racun penyembur, namun sama sekali tidak menyangka terdapat ribuan ulat bulu di situ.
“Pada awalnya kami sangka ulat bulu dimaksudkan adalah biasa sahaja, namun sebaik tiba di lokasi, kami agak terperanjat kerana pertama kali melihat ulat bulu sebegini.
“Jadi disebabkan peralatan kami bawa terhad dan racun penyembur perosak juga dilihat bukan jalan penyelesaian terbaik untuk memusnahkan haiwan ini, kami terpaksa memikirkan cara lain iaitu dengan menebang pokok ketapang yang menjadi sarang utamanya,” katanya ketika ditemui, di sini.
Menurutnya, walaupun ulat bulu tidak berbisa seperti ular dan tebuan, namun dengan jumlah yang banyak mengundang kebimbangan kepada penduduk hingga ada antara mereka tidak dapat membuka pintu rumah kerana khuatir dimasuki serangga tersebut.
“Jadi selepas berbincang, kita ambil keputusan untuk tebang pokok ini supaya ulat bulu itu dapat dihapuskan daripada terus mengganggu penduduk berdekatan,” katanya yang mengakui baru pertama kali menemui ulat bulu spesies berkenaan.
Seorang penduduk, Mariam Awan berkata, selama seminggu dia sekeluarga terpaksa berhadapan dengan ulat bulu yang sering berterbangan masuk ke dalam rumah.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia terpaksa menyapu dan membersihkan peralatan yang terkena ulat berkenaan, malah ada antara ahli keluarganya mengalami gatal-gatal kulit.
“Sejak tinggal di kawasan ini lebih 40 tahun lalu, kami tidak pernah berdepan dengan ancaman ulat bulu putih sebegini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Latihan dan Operasi JPAM Daerah Kuala Terengganu, Mohd Zabri Abdul Razak berkata, operasi menghapuskan ulat bulu itu terpaksa dilakukan dengan menebang dan membakar pokok ketapang yang menjadi sarang serangga berkenaan.
“Kelmarin, anggota yang datang sebaik menerima panggilan mengenai kehadiran ribuan ulat bulu ini, mengambil langkah dengan menyembur racun serangga.
"Bagaimanapun kaedah itu didapati tidak berkesan, jadi kita terpaksa ambil jalan lain dengan menebang pokok ini," katanya.
Sumber: Sinar Harian

naik bulu roma
ReplyDeletegeliiiiiiiiii