Penduduk Palestin membalas serangan dengan membaling batu.
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Tentera Israel bertindak biadab membaling bom ringan di masjid Al-Aqsa, Timur Baitulmuqaddis.
Pertempuran antara tentera Israel dan jemaah itu tercetus selepas solat Jumaat, kelmarin.
Puluhan jemaah kemudiannya berbalas serangan dengan membaling batu sambil melaungkan, ‘kami mengorbankan darah dan jiwa kami untuk anda demi Aqsa!’.
Seorang lelaki cedera dan dirawat di dalam kawasan masjid.
Imam masjid Mohamed Hussian yang mengutuk serangan itu berkata, insiden itu adalah pencabulan jelas yang ditolak oleh semua agama dan undang-undang antarabangsa.
“Ia adalah satu pelanggaran terang-terangan terhadap masjid Al-Aqsa. Pihak berkuasa Israel bertanggungjawab terhadap serangan ini kerana mereka memerintahkan askar untuk melakukan serangan yang bertujuan untuk merampas masjid ini,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld memberi helah bahawa pihaknya mendapat maklumat terdapat beberapa penduduk Israel membaling batu ke arah anggotanya di situ.
“Kami mendapat maklumat mereka membaling batu ke arah anggota petugas selepas solat Jumaat dan sebagai tindak balas kami terpaksa menggunakan bom untuk meleraikan serangan itu,” katanya menurut laporan Al Jazeera.
Susulan kejadian itu, seramai tujuh orang awam ditahan selepas dua jam kekecohan itu tercetus.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment