15 atlet wanita paling seksi di Asia

Kuasa. Menarik. Kuat. Berbakat. Sukar bagi kita untuk menterjemahkan keempat-empat perkataan itu tetapi ada perkataan lain yang turut boleh digunakan untuk memberi gambaran sebenar terhadap atlet bertaraf profesional Asia yang disenaraikan di bawah ini: ‘Seksi’.

Selain menunjukkan serta membuktikan kehebatan mereka menerusi bakat yang ada, mereka juga berhak mendapat pengiktirafan berdasarkan bentuk fizikal serta kecantikan yang ada pada diri serta wajah mereka.

Berikut adalah senarai yang dikeluarkan CNN berdasarkan undian:

 1. Kim Yu-Na (Luncur Ais / Korea)

Turut dikenali sebagai ‘Ratu Ais’, Kim menjadi tumpuan ramai apabila memenangi emas Olimpik Musim Sejuk. Dengan mengenakan pakaian biru, dia pantas memikat perhatian juri menerusi lenggok serta gerakan yang mengagumkan sekali gus membolehkan dirinya mencatat rekod dunia. Bukan mudah untuk mencari sebab mengapa dia sangat disukai media - selain berbakat besar, senyumannya dianggap boleh meleburkan keegoan mana-mana lelaki sekalipun!

 2. Tania Sachdev (Catur / India)

Digelar ‘Grandmaster Wanita India’ kelapan, Tania Sachdev berjaya menampilkan dirinya sebagai seorang individu yang memiliki akal dan kecantikan. Terbabit dalam sukan yang menuntut penumpuan tinggi, atlet memiliki bibir seksi dengan rambut hitam lebat itu tidak dinafikan memiliki daya tarikan cukup tinggi.

 3. Xue Chen (Bola tampar pantai / China)

Bola tampar pantai sering dikaitkan dengan atlet bertubuh seksi tetapi Xue Chen enggan terbawa-bawa dengan fakta itu. Di sebalik warna kulitnya yang kuning kepucatan, dia mempunyai sisi lain yang boleh dibanggakan - perut berotot kekar - sekali gus membuatkan banyak majalah mahu menjadikannya sebagai penghias muka depan. Dengan ketinggian lebih enam kaki, atlet yang digelar ‘Ratu Pasir China’ berusia 21 tahun itu sering menjadi idola atlet muda di negaranya.

 4. Mari Motohashi (Curling / Jepun)

Curling kembali dipertandingkan di Olimpik dan sukan itu menampilkan Mari Motohashi yang dilihat cukup menawan. Penonton mungkin tidak terlalu tertarik dengan acara itu tetapi setiap kali melihatnya wajah manis Mari yang bermata bundar membuatkan mereka tidak mahu berganjak daripada tempat duduk masing-masing.

 5. Kaoru Sagayama (Bola tampar pantai / Jepun)

Pemain bola tampar pantai Jepun yang paling seksi. Dia memiliki pakej lengkap - cantik serta tangkas menyerang dan bertahan. Kehadiran Kaoru pantas menarik perhatian penonton terutamanya lelaki. Digelar ‘Pari-pari Putih’ dan ‘Puteri Kaoru’, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan sukan berkenaan pada 2008 tetapi kembali beraksi setahun kemudian sekali gus mengubat kerinduan peminat terhadapnya.

 6. Sania Mirza (Tenis / India)

Jika Amerika Syarikat mempunyai Ana Kournikova, India pula boleh berbangga dengan Sania Mirza. Sania menjadi pemain tenis wanita terbaik di negaranya ditambah pula dengan muka seiras bintang Bollywood, membuatkan namanya sentiasa harum.

 7. Xie Xingfang (Badminton / China)

Digelar ‘Beyonce dunia badminton China’. Hubungan mesranya dengan Lin Dan tidak menambah kepada popularitinya kerana Xie Xingfang tidak perlu cerita di luar gelanggang untuk memastikan namanya tetap meniti di bibir peminat.

 8. Miwa Asao (Bola tampar pantai / Jepun)

Dikenali sebagai ‘dewi bola tampar pantai’, Miwa Asao sangat disayangi media negaranya dan dianggap sebagai antara atlet yang mempopularkan sukan itu di Jepun. Jika terserempak dengannya di mana-mana pantai Jepun dengan hanya mengenakan bikini, tidak ramai yang sedar dia sebenarnya adalah atlet.

 9. Zheng Jie (Tenis / China)

Agak melampau tetapi tidak keterlaluan jika dikatakan bukan mudah untuk melihat atlet tenis China yang boleh dianggap cantik. Zheng Jie adalah satu-satunya yang termasuk dalam kategori itu. Turut dikenali sebagai ‘Zhingy’ atau ‘Little Jie’, Zheng Jie menarik perhatian ramai menerusi wajah comelnya.

 10. Nicol David (Skuasy / Malaysia)

Nicol adalah ‘harta’ tidak ternilai buat Malaysia. Memiliki darah campuran China dan India, atlet kelahiran Pulau Pinang itu adalah individu pertama yang menduduki ranking selaku pemain nombor satu dunia. Bentuk fizikalnya yang mantap membuatkan ramai yang tergilakannya.

 11. Lai Ying Tzu (Gimnastik / Taiwan)

Lai Ying-Tzu mungkin masih belum memenangi pingat di Kejohanan Dunia tetapi kehadirannya di dalam sukan berkenaan seolah-olah satu kemestian. Rasa takjub pasti singgah setiap kali menyaksikan Ying-Tzu beraksi. Selain berwajah manis, gerakan tubuhnya memang sangat luar biasa.

 12. Guo JingJing (Terjun / China)

Atlet terjun paling gemilang China. Guo JingJing mendapat perhatian dunia sejak beberapa tahun lalu. Dengan kecantikan asli yang dimilikinya selain personaliti sebagai seorang bintang, persaraannya daripada arena sukan terjun membuatkan ramai terkilan. Tetapi pada usia lebih 30 tahun, apa lagi yang mahu dilakukannya selain bersara!

 13. Mao Asada (Luncur Ais / Jepun)

Mao Asada mungkin sekadar naib juara di Olimpik tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan dirinya sentiasa diperhatikan. Wajah keanak-anakan yang dimilikinya menjadi pujaan peminat dan media.

 14. Dipika Pallikal (Skuasy / India)

Dipika Pallikal mungkin hanya berusia 18 tahun tetapi aksinya yang lincah diselangi wajah menarik membuatkan peminat ternanti-nanti kehadirannya di mana-mana pertandingan.

15. Hee Kyung Seo (Golf / Korea)

‘Supermodel Fairway’ - Itu gelaran yang diberikan kepada Hee. Begitupun, dia bukan sekadar memiliki skil hebat tetapi penampilannya pantas menggegar jiwa peminat lelaki. Justeru, tidak hairanlah namanya begitu pantas mendaki puncak sukan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

1 comment: