Gunung Kelud
JAKARTA: Ratusan ribu penduduk diarah berpindah hari ini selepas gunung berapi di Jawa Timur meletus lahar, menyebabkan debu panas berterbangan.
Amaran itu dikeluarkan selepas Gunung Kelud, yang dianggap antara gunung berapi yang berbahaya, mula meletuskan lahar di kawasan padat penduduk di pulau utama Indonesia itu, lewat malam tadi

Foto: Twitter/@raplee
Siaran televisyen menunjukkan batu panas menuruni luruh gunung
berdekatan perkampungan, menyebabkan penduduk bergegas menaiki kereta
dan motosikal untuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan.
Jurucakap Agensi Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho, berkata lebih 200,000 penduduk dari 36 kampong di kawasan sekitar 10 kilometer dari gung berapi di Daerah Kediri itu, diarah berpindah segera.

Keadaan kawasan kampung sekitar Gunung Kelud
“Hujan debu, pasir dan batu menimpa sehingga ke kawasan 15 kilometer dari kawah gunung," katanya.
Gunung Kelud setinggi 1,731-meter sudah mengorbankan lebih 15,000 nyawa sejak 1500, termasuk kira-kira 10,000 kematian dalam letusan paling dahsyat pada 1568. - AFP

Batu akibat letusan Gunung Kelud
Sumber: Berita Harian
dugaan kan
ReplyDelete