Pawagam filem panas dibom di Peshawar Pakistan


PESHAWAR - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih 20  orang cedera dalam sebuah serangan bom tangan di sebuah pawagam di bandar Peshawar, Pakistan, yang bergolak, Selasa (11/2/2014).

Insiden di pawagam Shama, yang dikenali kerap memainkan filem-filem panas di salah satu studio mereka, terjadi 11 hari selepas serangan sama di sebuah pawagam lain, juga di Peshawar.

Pawagam Shama, selama 30 tahun memutar filem-filem lucah di kota Peshawar, Pakistan.

Peshawar, ibu kota Wilayah Khyber Pahkthunkwa dan terletak berhampiran kawasan kesukuan yang dikuasai Taliban, sudah lama menjadi garis depan pemberontakan kumpulan  Islam Pakistan yang sudah mengakibatkan ribuan nyawa melayang.

3 comments: