Lelaki berseluar dalam di tengah salji takutkan mahasiswa

 
Para mahasiswa di kampus Massachusetts terkejut ketika melihat seseorang hampir telanjang berada di tengah salji . Sosok lelaki itu hanya memakai seluar dalam dengan keadaan seperti berjalan dalam tidur . Apakah dia tidak kesejukan?

Sebenarnya sosok orang itu adalah sebuah patung . Ya , patung yang dinamakan " Sleepwalker" tersebut sangat realistik hingga berjaya menipu semua orang. Tony Matelli yang membuatnya sebagai bahagian pameran seni di Muzium Davis milik kampus .

Para pelajar dan pengunjung kampus tampak terganggu oleh kehadiran Sleepwalker . Seramai 720 mahasiswa membuat petisyen online untuk membuang patung itu . Dalam petisyen itu mereka menyatakan imejnya menyebabkan ketakutan dan mencetuskan kebimbangan penyerangan seksual .

" Meski  untuk jenaka namun penampilan patung itu membuat stres ramai mahasiswa Wellesley College , " tulis petisyen yang digagas Zoe Magid itu . Sementara itu pimpinan muzium , Lisa Fischman , menyukainya kerana " Sleepwalker " boleh memancing pembicaraan . Dia tidak memberi reaksi terhadap keluhan mahasiswa soal kehadiran patung itu .

Sementara itu seorang mahasiswa , Bridget Schreiner , yang ikut petisyen mengaku tak selesa kerana imejnya terlalu realistik . Menurutnya itu boleh mencetuskan trauma bagi seseorang yang pernah mengalami gangguan seksual . Mahasiswa lain juga menganggap karya seni memang ditujukan untuk jadi bahan perbincangan tapi bukan bermakna boleh diletakkan di mana saja .

2 comments: