Video lelaki China angkat batu bata 80 kg guna buah zakar


Seorang lelaki China, Zhao Zhenhua berjaya mengangkat batu bata seberat 80 kg dengan buah zakar miliknya. Bukan hanya itu, dia juga mengayunkannya batu bata tersebut selama 10 minit dengan jumlah 320 kali. Aksi Zhao dilakukan di sebuah pusat latihan kung fu di bandar Zhengzhou, China Tengah, Provinsi Henan.

Persembahan ini tentu saja membuat banyak penonton terpegun. Seorang penonton bernama Shaiming Liao tidak percaya dengan apa yang baru saja ia saksikan. "Aku menghitung lebih dari 300 ayunan pinggulnya dan seolah-olah dia tidak mengalami kesulitan sama sekali," ujar lelaki berusia 37 tahun tersebut.

Rupanya, lelaki berusia 48 tahun ini telah berlatih kung fu Xi Sui Jing hingga dia berjaya melakukan aksi tersebut. Berlatih kung fu memang diketahui dapat meningkatkan kesihatan, kekuatan dan kualiti hidup.

Walaupun ramai yang kagum dengan aksi Zhao, ada juga yang mengatakan bahawa dia melakukan penipuan dengan melingkarkan tali di pinggangnya.



Sumber: WowKeren

2 comments: