Malam tadi Liverpool kalah 3-0 dengan Manchester United di Old Trafford....Akibatnya, kaw kaw kena bahan dengan geng setan. ceh.
YOU'LL NEVER WALK ALONE
Man United Benam Liverpool 3-0
MANCHESTER United mendominasi permainan ketika menewaskan Liverpool 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Ahad malam.
Anak buah Louis van Gaal itu terus mengasak pasukan pelawat sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan.
Gol pertama United hadir melalui Wayne Rooney seawal minit ke-12.
Namun pada minit ke-17 kapten Liverpool, Steven Gerrard cuba menyamakan kedudukan, namun tersasar.
Bekas pemain Chelsea, Juan Mata menambah satu lagi gol untuk United pada minit ke-40 menerusi tandukan selepas menerima hantaran silang dari Ashley Young.
Sementara itu, pada separuh masa kedua, pengurus The Reds Brendan Rodgers melakukan percaturan baharu Liverpool selepas melihat barisan serangan sebelum ini tidak menjadi apabila Adam Lallana digantikan dengan penyerang sensasi Mario Balotelli.
Pemain-pemain United terus mengasak kubu lawan dan usaha mereka berhasil dengan jaringan ketiga melalui Robin van Persi pada minit ke-71.
Pada minit ke-78, Rooney dikeluarkan dan digantikan dengan penyerang Colombia, Radamel Falcao.
Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat permainan biarpun Liverpool cuba menyerang kubu pertahanan United.
Kemenangan tersebut sekaligus mengukuhkan kedudukan United di tangga ketiga liga dengan 31 mata, di belakang Manchester City (36) dan pendahulu, Chelsea dengan 39 mata.
SENARAI PEMAIN
Manchester United: De Gea; Valencia, Jones, Evans, Young; Carrick, Fellaini, Mata; Rooney, van Persie, Wilson. Subs: Lindegaard, McNair, Blackett, Herrera, Fletcher, Januzaj, Falcao.
Liverpool: Jones; Skrtel, Lovren, Johnson; Moreno, Henderson, Allen, Gerrard; Coutinho, Lallana, Sterling. Subs: Mignolet, Toure, Lambert, Lucas, Can, Balotelli, Markovic.
Sumber: mstar

ala x de rezeki
ReplyDelete