Liverpool Sudah Ada Calon Potensi Ganti Rodgers


LONDON – Liverpool difahamkan kini sudah membuat panggilan beberapa calon berpotensi untuk menggantikan Brendan Rodgers, menurut seorang wartawan yang dihormati, Duncan Castle dan bekas penyerang The Reds, Stan Collymore.

Pasukan naib juara Liga Perdana Inggeris, musim lalu itu bermula penuh aib pada permulaan musim ini, termasuk tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 menentang FC Basel di Anfield, Selasa lalu.

Mereka berada pada tangga kesembilan liga dan akan bertembung dengan Manchester United di Old Trafford, Ahad ini.

Ada laporan yang menyebut bahawa saat-saat Rodgers untuk berpisah dengan pasukan di Anfield sudah pun tiba.

Castle berkata: “Ia tidak kelihatan bagus untuk Rodgers.

“Sudah ada komunikasi dibuat dengan calon lain untuk menggantikan pengurus ini.

“Perkembangan ini sekadar menunjukkan hakikat Ro dgers tidak berada pada kedudukan baik ketika ini.”

Collymore menambah: “Seperti Duncan Castles, saya mendengar John Henry sudah cuba memecatkan Rodgers dua minggu lalu tapi dipujuk oleh Ian Ayre serta beberapa legenda kelab berkenaan.” – Agensi

No comments:

Post a Comment