Lapan daripada mereka yang ditahan dikenakan perintah reman di mahkamah. - Foto Sinar Harian oleh ADILA SHARINNI WAHID
KOTA BHARU - Hasrat sekumpulan warga Pakistan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal kebajikan dan khairat kematian bertukar pergaduhan ala mafia apabila saling tidak berpuas hati antara satu sama lain.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Panchor, Kemumin ketika kira-kira 20 lelaki warga Pakistan berkenaan sedang bermesyuarat, pada jam 8.30 malam, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaim Md Isa berkata, perbicangan itu bagaimanapun bertukar kekalutan apabila satu pihak dipercayai menuduh satu lagi pihak lain membuat laporan berkait kesalahan tidak memiliki dokumen dalam kalangan mereka.
Katanya, pertengkaran mulut kemudian bertukar pergaduhan besar apabila ada yang memukul menggunakan kayu selain menumbuk dan menendang rakan masing-masing.
“Mereka kemudiannya datang untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini, namun pergaduhan bersambung di sana.
“Berlaku tumbuk-menumbuk sehingga keadaan menjadi tidak terkawal di balai terbabit menyebabkan polis bertindak menahan kesemua lapan mereka yang ada di situ ketika itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.
Rohaimi berkata, kesemua mereka ditahan reman dan akan dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Akibat pergaduhan itu, mereka mengalami lebam di mata, luka dikaki, tangan dan sebagainya.
Sumber: Sinar Harian

amboi
ReplyDeleteMereka lupa mereka berada di M'sia
ReplyDeleteSuruh mereka balik negeri asal ajelah.