Penampakan aneh di Marikh bingungkan saintis NASA


Pesawat pengorbit Marikh milik NASA iaitu Reconnaissance telah menemui penampakan aneh dengan bentuk bulat seluas 1.2 batu atau 2 km. Objek misteri tersebut ditemui di kawasan Athabasca, kawasan yang dipenuhi dengan aliran lava di Marikh.


Walaupun telah membingungkan para saintis NASA, namun mereka meyakini bahawa penampakan aneh itu terbentuk daripada aktiviti gunung berapi. Bahkan spekulasi ini membawa kemungkinan ada ais dengan jumlah yang sangat besar dibawah timbunan lava di Athabasca.

"Ada pelbagai gambar seperti ini di kawasan tersebut, yang terus membingungkan para saintis," ujar salah seorang saintis NASA. "Kami berharap akan ada petunjuk selanjutnya mengenai gambar tersebut."



Sumber: WowKeren

2 comments: