Steven Gerrard Mungkin Bersara Akhir Musim Ini

 
STEVEN GERRARD dilapor sedia untuk bersara sebagai pemain bola sepak pada hujung musim ini, dedah Starsport.

Pemain berusia 34 tahun itu sebelum ini ditawarkan kontrak lanjutan selama dua tahun apabila tempoh perkhidmatanya bakal tamat pada akhir musim.

Difahamkan, tawaran tersebut meliputi pengurangan gaji Gerrard berbanding sebelum ini dan jurulatih Liverpool, Brendan Rodgers mahu pemain tengah itu mengambil masa untuk membuat keputusan.


Bagaimanapun ketua pasukan Liverpool terbabit dilapor enggan meneruskan kariernya berikutan masalah kecergasan yang dihadapi.

Walaupun sebelum ini pernah menafikan untuk bersara tetapi Gerrard mengakui bahawa status masa depan kariernya di Liverpool kini menjadi perbualan termasuk di padang latihan.

Bagaimanapun Rodgers berharap Gerrard mampu mempertahankan dan mengimbangi prestasi untuk terus membantu Liverpool.



Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment